Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2007/2008: Kedah 3-2 Selangor
Uploaded by: azhhashim
Video Description:
Malaysia Cup Final 2007/2008 -- August 23, 2008. Nasional Stadium, Bukit Jalil.
KEDAH CIPTA SEJARAH
Kedah membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak negara selepas membenam Selangor 3-2 pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-82 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kejayaan itu sekali gus menjulang Kedah untuk terus mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu juara liga, Piala FA dan Piala Malaysia. Kejayaan yang dicapai oleh Kedah itu akan terpahat sebagai sejarah dalam kancah bola sepak tempatan selepas mencipta nama menjulang gelaran treble untuk dua musim berturut-turut. Di samping itu, ia merupakan kali keempat Kedah menjulang Piala Malaysia selepas melakukannya pada 1990, 1993 dan 2007. Lebih manis, kejayaan Kedah itu dicipta di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan disaksikan oleh kira-kira 60 000 penonton, dimana penyokong Kedah lebih mendominasi dengan kehadiran seramai 40 000 orang berbanding Selangor yang dianggarkan 20 000 orang. Kejayaan gemilang ini juga sebagai hadiah perpisahan paling bermakna buat Marlon, Nelson dan Huggins ekoran larangan terhadap pemain import mulai musim depan. Marlon dan Nelson menjaringkan dua gol Kedah dalam tempoh dua minit, minit ke-31 dan ke-32 disusuli Fadly pada minit ke-37. Gol Selangor dijaringankan menerusi Frank Seator, minit ke-18 dan Safee Sali minit ke-77. Nelson San Martin dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
KEDAH: Mohd Helmi Eliza Elias, Victor Andrag (Mohd Fazliata Taib), Cornelius Benard Huggins, Baddrol Bakhtiar, Nelson San Martin (Sabree Abu), V.Thirumurugan, Ahmad Fauzi Saari, Shafizan Hashim, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohd Fadly Baharom, Marlon Alex James.
SELANGOR - Mohd Suffian Abd Rahman, Mohd Razman Roslan, Evans Chisulo, Mohd Shukor Adan, Mohd Amri Yahyah, Mohd Asraruddin Putra Omar, D.Surendran (Mohd Amirulhadi Zainal), Elie Aiboy, Mohd Safee Mohd Sali, Frank Seator, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Fadzli Saari).
Pengadil: Rosdi Shaharul (Perak)
Tags for this video:
akhir bolasepak canaries Cup final football hijau Kedah kenari kuning Malaysia marlon piala selangor soccer
Find more videos in the "Sports" category
See more videos uploaded by azhhashim
Comments for this video: Show || Hide
Send this animation video to myspace, facebook, friendster, hi5
Tell a friend:















top scorer EPL pn player import gak,tp depa x haram pn player import..
kdh ttp dprsada bolasepak tempatan..
'action speak louder than words'
dh trbukti 2thn brturut-turut.
alldabest Kedah 4 season 08-09..
support our local scene!!!
sejarah dah buktikan
selangor penah layak asian champion league AFC 1967...
kedah x yah nak berlagak
kuasa bola sepak tempatan byk team yg nk kalahkn mereka..
ttp
brcakap dlm situasi semasa
agak2 team mn yg mmbolot suma kejohanan tempatan dlm 2thn brturut-turut
sudah terang lagi bersuluh kn..
brjalan msti kehadapan olle692008
yg lepas kita sandarkn pd kenangan
kamon kita bersaing secara sihat
yg menang kita puji yg kalah tingkatkn usaha lg
kami bkan nk brlagak tp sekadar meraikn kejayaan team kami.salah ka?
mgkin ada ssetgh yg 'overboard'
nk banggakan pun kmenangan yg lps2....
yg lps slangor power bkn pemain skrg ni..
pemain slangor skrg ni bodo la...
tp mmg xleh dinafikan pemain kdh & bekas import kedah lg power...
" biar helmi jadi kenangan "
org kata kedah tak pernah kalah di tempat sendiri...tp dulu la...
hasbullah ada kata " marlon kepada nelson dan nelson kepada hugging..lalu dilorongkan semula kepada marlon..dann..goll...tp tu dulu la..
tp takpe penyokong selangor terima hakikat bahawa helmi eliza tidak bermain dengan baik..tp tu dulula..
khyril muhaymen, badrol bahtiar, sabri abu bermain dengan cemerlang sekali sehingga menang treeble..tp tu dulu la..